Category Archives: Resepi Masakkan Harian

ayam goreng berempah

6 ketul ayam
4 camb rempah kari daging
4 camb tepung beras
4 camb tepung gandum
1 kiub ayam/ perasa – kalau suka
Garam secukupnya

cara membuatnya:

1. Gaulkan bahan rempah kari, tepung beras, tepung gandum dan kiub ayam, dan garam secukup rasa

masukkan ayam dan gaul rata.

2. Perapkan 1 -2 jam.

3 Goreng dengan minyak yang banyak,  Goreng sehingga ayam kekuningan dan masak.

4. Angkat dan toskan.

ayam goreng berempah 1


Sayur lili

3 biji cili merah
Sedikit belacan
4-5 ulas bawang merah
udang secukupnya
Garam
Bahan perasa kalau perlu
Minyak secukupnya

1. Cili merah, bawang merah dan belacan – mesin kasar.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang di mesin.
3. Letakka n udang garam dan bahan perasa.
4. Masukkan sayur lili. Masak sekejap saja.
Like · Share · Unfollow Post

500 gram udang- di letak garam dan kunyit dan di goreng sekejap
5 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar/halia /bawang putih- di mesin
2 camb cili sos
1 camb sos tiram

Minyak secukupnya- guna minyak lebihan goreng udang

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan di masak sehingga garing
2. Masukkan cili dan masak sehingga naik bau.
3. Masukkan cili sos, sos tiram , garam dan serbuk perasa.
4. Masukkan udang . Kalau suka boleh letakkan bawang besar yang di potong.


500 gm udang – di letakkan garam dan kunyit.

4 – 5 kentang di letakkkan garam dan kunyit

1 biji bawang besar

2 biji cili merah di mayang

1/4 cawan minyak masak

3 camb sos tiram

1 camb cili sos

1 camb lada sulah

2 pokok daun saderi/daun sup

Cara  membuatnya:

Goreng udang sehingga masak.

Kentang di  goreng sehingga lembut.

  1. Panaskan minyak.  Masukkan bawang besar dan cili merah.
  2. Kacau sehingga layu dan masukkan daun saderi dan sos tiram dan lada sulah.
  3. Masukkan udang dan di ikuti dengan kentang.

Bahan-bahan

500 gram kentang di potong dan di goreng
200 gm daging cincang
3 sudu besar bawang goreng
daun sup dan daun bawang secukupnya.
garam secukupnya
1 camb lada hitam
3 biji bawang putih di cincang halus

1 biji telur di pukul sedikit
minyak untuk mengoreng

1. Lecek kentang dan ketepikan.
2. Panaskan 1 camb minyak masak.
3. Tumiskan bawang putih dan masukkan daging cincang serta garam.
4. Masak sehingga kuahnya kering.
5. Campurkan kentang lecek, daging, bawang goreng, lada hitam dan daun bawang
serta daun sup. Gaul sehingga rata.
6. Bentukkan bulat-bulat dan celup dengan telur, goreng dengan minyak yang sederhana panas.
Like · Share

Bahan-bahan

4- 5 ekor udang besar – di potong dan di letakk garam serta kunyit

1 kentang

1 carrot

cendawan tiram

minyak secukupnya

3 camb sos tiram

5 biji cii padi

1 labu bawang besar – dimayang kasar

Cara membuatnya:

1. Kentang dan karot di letakkan sedikit garam dan di goreng sehingga  masak dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak.

3.. Masukkan bawang besar dan cili padi

4. Masukkan Sos Tiram  dan kacau rata.  Letakkan kentang dan karot.

5.  Gaul sehingga sebati, akhir sekali masukkan cendawan.

6.  Gaul rata sehingga cendawan masak.


Bahan-bahan yang di perlukan

250 gm isi ikan tenggiri
1 biji bawang besar- di cincang
Garam
Tepung jagung camb – secukupnya untuk di gaulkan dengan ikan

Minyak masak
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah- di potong
2 camb sos tiram
1 sudu besar lada hitam di tumbuk kasar
1 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan sedikit air

Cara membuatnya:
1. Isi ikan yang telah di potong sederhana nipis di letakkan garam dan di taburkan dengan tepung jagung.
2. Goreng sehingga kekuningan,
3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih. Masukkan cili merah dan lada hitam.
4. Letakkan sedikit air . Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan isi ikan tadi dan gaul rata.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung . Angkat dan hidangkan.