Category Archives: Resepi Apom

apam mekar1

apam mekar

Bahan-bahan

2 biji telur – gred A

230 gm gula castor/pasir

1/2 camca besar Q75

1/2 cawan susu cair/susu segar

150 gm air sejuk

170 gm tepung supersoft

100 gm tepung gandum

Pewarna- ikut pilihan

1 camca kecil esen vanila

Acuan kertas secukupnya

Cara membuatnya:

1. Pukul telur, gula dan Q 75 sehingga kembang – anggaran 10 minit

2. Masukkan air sejuk sedikit-sedikit dan masukkan tepung, susu cair. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan dalam acuan dan kukus 12-15 minit (  Panaskan kukusan terlebih dahulu)


IMG_7752

Bahan-bahan

Bahan A

4 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung beras

1/2 cawan gula perang

1/2 cawan gula putih

1 paket yis ( 11) gram

Sedikit garam

Bahan B

3 cawan air

Bahan C

Kelapa parut putih di gaul dengan  garam

IMG_7750

Cara membuatnya:

1. Masukkanbahagian A di dalam bekas.

2. Buatkan lubang di bahagian tengah dan tuangkan 1 cawan air dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati sambil di masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis ( bagi mengelakkan adunan bergentel)

3. Biarkan selama 1 jam

4. Kukus 35 minit

5. Hidangkan  dengan kelapa parut.

Acuan 9 x9

IMG_7756


Bahan-Bahan

Bahan A ( rendam semalam dan di mesin halus)
300 gram beras
3 sudu besar nasi
250 gram kacang ulthu dan 500ml air (anggaran)

 

 

Bahan B
Garam secukupnya
2 camb yis kering

Cara membuatnya1. Bahan A yang telah di mesin di campurkan dengan garam dan yis dan biarkan selama 3-4 jam.
2. Bila adunan sudah naik barulah di kukus
3. Kukus 12-15 minit bergantung kepada saiz acuan.*adunan yang sudah di mesin tidak perlu di tapis

Like · Share

APAM KUKUS CHOCOLATE
By: Resepi Citarasawan

Bahan-bahan
200gm gula halus
2 biji telur
160ml air
200gm tepung gandum
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh double action baking powder
25gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco / 1 sudu teh serbuk koko hitam
1 sudu kecil ovalette
30gm coklat rice

Cara-cara :
1. Satukan telur, gula dan air. Pukul hingga putih dan berbuih.
2. Ayak bersama tepung, serbuk koko, garam, baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit di dalam adunan telur sambil di pukul perlahan hingga sebati. Masukkan coklat emulco dan ovalette dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi kental.
3. Masukkan coklat rice dan kaup balikkan hingga rata.
4. Panaskan pengukus. Masukkan adunan ke dalam acuan yang di alas cawan kertas. Jarakkan acuan supaya apam boleh mengembang sepenuhnya. Tuang adunan hingga penuh.
5. Kukus selama 15-20 minit bergantung pada saiz.