Category Archives: Pelbagai Biskut

TART NENAS

bahan-bahan

300 gram tepung gandum -kalau adunan terlalu lembut tambah tepung.

4 sudu besar tepung jagung

3 sudu gula ising

200 gms butter

1 sudu besar minyak sapi

2 kuning telor

secubit garam

esen vanila/nenas

jem nenas – secukupnya

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung , gula icing dan garam.

2. Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Masukkan minyak sapi.

3. Kemudian masukkan telur . Gaulkan sehingga menjadi doh

(tambah tepung sekiranya adunan terlalu lembut)

4. Canai jadi setengah inci dan terap guna acuan atau cutter .

5. Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 – 30 minit atau sehingga bahagian bawah kekuningan.

Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

Bagi mengelakkan adunan melekat, gunalah plastik apa bila mengelek adunan.

Sekiranya jem di bahagian luar gunakan api di bahagian bawah saja, ini mengelakkan jam menjadi keras.

 

 


biskut smarties

Bahan-Bahan

200 gram butter

50 gram gula icing

150 gram tepung gandum

50 gram tepung jagung

1 suduteh esen vanila

Cara:

Pukul mentega dengan gula, sehingga sebati dan kembang.

Masukkan tepung, gaul rata.

Masukkan kedalam piping bag . Piping ke atas dulang

Hiaskan dengan coklat smarties.

Bakar  sehingga di bahagian bahagian bawah kekuningan .

* sumber resepi dari Faridah Mohd Nor

biskut smarties 1

 


coklat chips2

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking soda

Secubit  garam

1 cup butter ( lembut dalam suhu bilik)

3/4 cawan gula pasir

3/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil air

1 sudu kecil vanilla extract
2 biji telur gred A ( di pukul sedikit)
2 cups semisweet chocolate chips

Cara membuatnya:

Panaskan Oven 160 dengan api atas dan bawah)

1.Campurkan tepung, soda bicarbonat dan garam . Ketepikan.

2.Didalam bekas yang berasingan  – Campurkan butter dan gula dan pukul sedikit sahaja sehingga adunan rata.  Masukkan vanila,air dan telur. Kacau sehingga rata. Masukkan tepung dan sebatikan. Apabila adunan sudah serata baru masukkan choocolate chips.

3.Dengan menggunakan sudu, sudukan adunan ke dalam dulang dan jarakkan anggaran 2 inci bagi membolehkan adunan mengembang.

4.Bakar anggaran 10 minit sehingga adunan  kekuningan.

Simpan dalam bekas kedap udara

coklat chips


Bahan A
60gm shortening

150gm butter
60gm peanut butter
60gm gula caster
90gm brown sugar
1 biji telur
1tsp vanilla essenBahan B
1/2tsp baking soda
1tbsp serbuk koko
60gm tepung jagung
180gm tepung gandum

Bahan C
120gm chocolate chip
1/2 cawan hazelnut/almod/walnut

Cara2: Sebatikan bahan A, masukkan Bahan B dan sebatikan akhir sekali masukkan Bahan C, gaul hingga sebati. Ambil adunan dan dijemput bulat2 tapi jgn dikepal krn biskut akan rasa padat ataupun keras. Bakar pd suhu 140C – 150C sehingga masak.Anggaran 20 hingga 25 minit.
*(terima kasih kepada Norbaini Rahwi)

 

Adunan dapat anggaran 35 – 40 biji

300 gms tepung gandum -kalau lembut tambah tepung.
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
jem nenas – secukupnya
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung , gula icing dan garam.
2. Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method)
3. Kemudian masukkan telur dan satukan menjadi doh.

4. Canai jadi setengah inci dan terap guna acuan atau cutter .

5. Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 – 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

Bagi mengelakkan adunan melekat, gunalah plastik apa bila mengelek adunan.
Sekiranya jem di bahagian luar gunakan api di bahagian bawah saja, ini mengelakkan jam menjadi keras.


 

 

Biskut Crystal Ball

( Terima kasih kak Sobehah kerana berkongsi resepi)

Bahan-bahannya

Bahan A
240 gram minyak sapi
120 gram butter
195 gram gula icing
1 sudu the garam

Bahan B:
375-400 tepung gandum
185 gram tepung jagung
70 gram serbuk badam
Pewarna hijau, merah dan kuning

Hiasan- gula castor, paper cup secukupnya.

 

 

Cara membuatnya:

1. Putar bahagian A sehingga sebati.
2. Masukkan bahan B dan gaul sehingga jadi doh.
3. Bahagikan kepada 3 bahagian.
4. Bakar sehingga masak
5. Golekkan di dalam gula castor

• Sekiranya adunan lembut boleh lah di tambah tepung.

 

 

 


Snow Almond Cookies
sumber-Jamilah Yatie. terima kasih kerana berkongsi resepi. Biskut yang sedap dan ragup.

A
250 gm butter

150 gm gula castor
50 gm serbuk badam
1 sudu teh esen vanilla
B,
300 gm red rose floor
50 gm tepung carstard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagungHiasan chocolate masakkan dan bread crumb secukupnya
Cara,
Pukul bahan a hingga berkrim
masukkan bahan b dan uli hingga menjadi doh yg lembut
Canai dan terap mengunakan acuan yg digemari anda
Bakar suhu 150darjah hingga biskut masak…
sejukkan dan celupkan pada coklet dan golekkan pada bread crumb
setelah sejuk dan coklet keras simpan dlm bekas kedap udara..
selamat mencuba.