TART NENAS

bahan-bahan

300 gram tepung gandum -kalau adunan terlalu lembut tambah tepung.

4 sudu besar tepung jagung

3 sudu gula ising

200 gms butter

1 sudu besar minyak sapi

2 kuning telor

secubit garam

esen vanila/nenas

jem nenas – secukupnya

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung , gula icing dan garam.

2. Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Masukkan minyak sapi.

3. Kemudian masukkan telur . Gaulkan sehingga menjadi doh

(tambah tepung sekiranya adunan terlalu lembut)

4. Canai jadi setengah inci dan terap guna acuan atau cutter .

5. Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 – 30 minit atau sehingga bahagian bawah kekuningan.

Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

Bagi mengelakkan adunan melekat, gunalah plastik apa bila mengelek adunan.

Sekiranya jem di bahagian luar gunakan api di bahagian bawah saja, ini mengelakkan jam menjadi keras.