Monthly Archives: January 2015

10891878_762836073786253_5398593145736657042_n

Lompang Pandan

Bahan A
240 gram tepung beras
40 gram tepung gandum
20 gram tepung honkwee

Bahan B
250 gram gula di masak dengan 2 cawan air

Bahan C
4 cawan air di mesin dengan daun pandan
( campurkan sedikit kapur di larutkan)
Pewarna hijau

Kelapa parut secukupnya
garam

Cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan A ( tepung beras, tepung gandum dan tepung honkwee)
2. Masukkan bahan B ( ketika masih panas) dan kacau rata.
3. Masukkan bahan c ( 4 cawan air daun pandan) kacau rata dan tapiskan.
4. Panaskan terlebih dahulu acuan.
5. Kukus 15-20 minit
6. Sejukkan dan hidangkan bersama kelapa parut.

Selamat Mencuba


kuih bom

Kuih Bom Keledek

130 gram ubi keledek
50 gram gula
50 gram tepung gandum
200 gram tepung pulut
150 gram air ( anggaran)
Secubit garam

1. Kukus ubi keledek sehingga lembut dan lenyekkan.
2. Masukkan gula dan gaul rata. Masukkan tepung gandum, tepung pulut dan air secukupnya.

kuih bom1Inti
100 gram kacang hijau ( yg sudah di buang kulit)
80 gram gula putih
1/2 camb tepung gandum
Daun pandan di simpul
1 cawan kelapa putih
Secubit garam

Bijan secukupnya
Minyak untuk mengoreng secukupnya.

Masak kacang hijau sehingga lembut dan kacang menjadi kembang
Masukkan gula, kelapa putih dan daun pandan
Apabila hampir kering masukan tepung gandum dan kacau sehingga kering
Sejukkan.

*Berat adunan tepung 20 gram
*Berat adunan inti 10 gram