Untitled picture

Bahan A (BAHAGIAN LUAR)

500 gram / 2 cawan ubi kayu yang sudah di parut dan di perah airnya

( simpan air perahan dan biarkan menapai ambil hanya yang bahagian sagu)

100 gram gula merah + 1/4 cawan air – masak sehingga gula larut

3/4 cawan santan pekat

160 gram gula pasir

2 gram garam – anggaran

Cara membuatnya:

1.Campurkan semua bahan dan ketepikan.

 

Bahan B (bahagian tengah  – INTINYA

100 gram / 1 cawan tepung beras

10 gram tepung honkwee

2 cawan santan pekat

2 cawan air

Garam

Caranya:

  1. Campurkan semua bahan B  sehingga sebati dan tapiskan.
  2. Masak dengan api sederhana sehingga adunan pekat. Ketepikan.

25-30 helai daun pisang  ( lebar 7 inci)

Cara membungkus lepat

1.Ambil satu sudu ( BAHAN A)_ dan letakkan atas daun pisang . Ratakan.

2.Letakkan 1 sudu besar(BAHAN B) dan letakkan di atas daun pisang. Leperkan dengan sudu.

3.Letakkan bahagian B , anggaran 1 sudu dan bolehlah di balut kemas.

Kukus 20 minit – api sederhana

lepat berkepala