Monthly Archives: June 2013

Picture1

red valvet

red velvet3

1 1/4 cups (125 grams) tepung kek

1/4 teaspoon baking powder

1/4 teaspoon garam

1 tablespoons (10 grams) cocoa powder

1/4 cup (57 grams) butter

3/4 cups (150 grams) gula castor

1 biji telur

1/2 teaspoon vanila

1/2 cup (120 ml) buttermilk

1 tablespoon pewarna merah cecair

1/2 teaspoon cuka

1/2 teaspoon baking soda

Cream Cheese Frosting:

250 gram cream cheese

1/2 teaspoon vanila

1/2 cup (60 grams) gula icing

2/3 cup (160 ml) cold heavy whipping cream

Cara membuatnya:

1. Ayak tepung, baking powder, garam dan serbuk koko. Ketepikan.

2. Pukul butter sehingga gebu.

3. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati dan gebu.

4. Masukkan telur,  sehingga habis dan masukkan vanila.

5. Setelah adunan sebati, masukkan tepung dan kacau rata berselang seli dengan buttermik( masukkan pewarna dalam buttermilk)

6. Dalam satu bekas kecil letakkan soda bicarbonat dan masukkan cuka)

7. Akhir sekali baru masukkan soda bicarbonat yang telah di campur cuka ke dalam adunan. Kacau rata.

8. Masukkan dalam acuan.

9. Bakar sehingga masak.

10. Sejukkan dahulu sebelum di letakkan frostingnya.

Cream cheese Frosting:

1. Dengan menggunakan mixer pukul cream cheese sehingga kembang.

2. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati.

3. Masukkan whipping cream dan pukul sehingga frosting menjadi kental dan bolehlah di paipkan ke atas kek.

* gandakan adunan bagi menghasilkan sebiji kek besaiz 8-9 inci.

Advertisements

Untitled picture

Bahan A (BAHAGIAN LUAR)

500 gram / 2 cawan ubi kayu yang sudah di parut dan di perah airnya

( simpan air perahan dan biarkan menapai ambil hanya yang bahagian sagu)

100 gram gula merah + 1/4 cawan air – masak sehingga gula larut

3/4 cawan santan pekat

160 gram gula pasir

2 gram garam – anggaran

Cara membuatnya:

1.Campurkan semua bahan dan ketepikan.

 

Bahan B (bahagian tengah  – INTINYA

100 gram / 1 cawan tepung beras

10 gram tepung honkwee

2 cawan santan pekat

2 cawan air

Garam

Caranya:

  1. Campurkan semua bahan B  sehingga sebati dan tapiskan.
  2. Masak dengan api sederhana sehingga adunan pekat. Ketepikan.

25-30 helai daun pisang  ( lebar 7 inci)

Cara membungkus lepat

1.Ambil satu sudu ( BAHAN A)_ dan letakkan atas daun pisang . Ratakan.

2.Letakkan 1 sudu besar(BAHAN B) dan letakkan di atas daun pisang. Leperkan dengan sudu.

3.Letakkan bahagian B , anggaran 1 sudu dan bolehlah di balut kemas.

Kukus 20 minit – api sederhana

lepat berkepala


biskut smarties

Bahan-Bahan

200 gram butter

50 gram gula icing

150 gram tepung gandum

50 gram tepung jagung

1 suduteh esen vanila

Cara:

Pukul mentega dengan gula, sehingga sebati dan kembang.

Masukkan tepung, gaul rata.

Masukkan kedalam piping bag . Piping ke atas dulang

Hiaskan dengan coklat smarties.

Bakar  sehingga di bahagian bahagian bawah kekuningan .

* sumber resepi dari Faridah Mohd Nor

biskut smarties 1

 


coklat chips2

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking soda

Secubit  garam

1 cup butter ( lembut dalam suhu bilik)

3/4 cawan gula pasir

3/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil air

1 sudu kecil vanilla extract
2 biji telur gred A ( di pukul sedikit)
2 cups semisweet chocolate chips

Cara membuatnya:

Panaskan Oven 160 dengan api atas dan bawah)

1.Campurkan tepung, soda bicarbonat dan garam . Ketepikan.

2.Didalam bekas yang berasingan  – Campurkan butter dan gula dan pukul sedikit sahaja sehingga adunan rata.  Masukkan vanila,air dan telur. Kacau sehingga rata. Masukkan tepung dan sebatikan. Apabila adunan sudah serata baru masukkan choocolate chips.

3.Dengan menggunakan sudu, sudukan adunan ke dalam dulang dan jarakkan anggaran 2 inci bagi membolehkan adunan mengembang.

4.Bakar anggaran 10 minit sehingga adunan  kekuningan.

Simpan dalam bekas kedap udara

coklat chips