apam mekar1

apam mekar

Bahan-bahan

2 biji telur – gred A

230 gm gula castor/pasir

1/2 camca besar Q75

1/2 cawan susu cair/susu segar

150 gm air sejuk

170 gm tepung supersoft

100 gm tepung gandum

Pewarna- ikut pilihan

1 camca kecil esen vanila

Acuan kertas secukupnya

Cara membuatnya:

1. Pukul telur, gula dan Q 75 sehingga kembang – anggaran 10 minit

2. Masukkan air sejuk sedikit-sedikit dan masukkan tepung, susu cair. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan dalam acuan dan kukus 12-15 minit (  Panaskan kukusan terlebih dahulu)