kuih jongkong pandan

kuih jongkong

kuih jongkong5

Bahan-bahan

1 cawan tepung beras ( guna cap bunga teratai)

1 camb tepung honkwee (25 gram)

2 cawan santan

2 cawan air daun pandan- sedikit pewarna hijau

Garam secukupnya

Daun pisang  8 inci lebar – 15-17 keping

Lidi

Gula putih anggaran 15 camca besar

Cara membuatnya:

  1. Campurkan tepung beras, tepung honkwee, santan ,air daun pandan dan garam.
  2. Tapiskan.  Masak  dengan api sederhana sehingga adunan pekat ( sapara masak)
  3. Ambilkan daun pisang. Letakkan 3/4 camb gula ( ikut kesukaan)
  4. Letakkan 1 camca besar adunan  dan bungkus.
  5. Sematkan dengan lidi.
  6. Kukuskan kuih jongkong  anggaran20 minit, sehingga gula hancur.

Selamat mencuba.