tepung bungkus

tepung bungkus1

tepung bungkus2

tepung bungkus2

 

Tepung bungkus

 Bahan A-Bahan untuk inti

250 gram kelapa parut

100 gram gula melaka

150 gram gula pasir

1 cawan air

1 – 2 cambesar  tepung gandum

Kelapa+ gula merah+gula putih dan air di masak sehingga kering.

Setelah kering baru masukan tepung dan masak sehingga kental.

 Bulat2kan anggaran 60 biji – untuk menghasilkan 30 biji tepung bungkus

 Bahagian tepung pulut

 1 cawan tepung pulut

1 cawan air ( anggaran)

 Campurkan semua dan gaul sehingga menjadi doh

Dengan menggunakan daun pisang yang di sapu sedikit minyak. Leperkan doh dn letakkan inti yang telah di bulat2kan.(bahagian A)

Bulatkan dan ketepikan.

Bahan untuk luar tepung bungkus

1 cawan tepung beras ( cap teratai)

2 cambesar tepung hoenkwee/ tepung jagung

4  1/2 cawan santan ( 2 cawan santan pekat dan 2 1/2 cawan air)

Garam

 Campurkan semua bahan di atas.

Tapis

Kacau di atas api sehingga pekat ( sekejap saja) angkat.Letakkan inti ke dalam  adunan yang di kacau tadi.  Dengan menggunakan sudu letakkan di atas daun pisang dan bungkus.Kukus 20 minit

Daun pisang 7-8 inci

25-30 helai

Untuk menghasilkan kukusan yang cantik, buka penutup kukus setiap 10 minit.