Monthly Archives: February 2013

lepat pisang

 

Bahan-bahan

 

800 gm pisang emas/berangan @ apa saja pisang- di lenyek

120 gm gula pasir

100 gm tepung gandum

50 gm tepung kastard

150 gm santan pekat

Secubit garam

25-30 helai daun pisang di layur

 

Cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan di atas.

2. Bungkuskan.

3. Kukus 25-30 minit.

lepat pisag2

 


red valvet 1

 

 

1 1/4 cups (125 grams) tepung kek

1/4 teaspoon baking powder

1/4 teaspoon garam

1 tablespoons (10 grams)  cocoa powder

1/4 cup (57 grams) butter

3/4 cups (150 grams) gula castor

1 biji telur

1/2 teaspoon vanila

1/2 cup (120 ml) buttermilk

1 tablespoon pewarna merah cecair

1/2 teaspoon cuka

1/2 teaspoon baking soda

 

Cream Cheese Frosting:

250 gram cream cheese

1/2 teaspoon vanila

1/2 cup (60 grams) gula icing

2/3 cup (160 ml) cold heavy whipping cream

red valvet4

 

Cara membuatnya:

  1. Ayak tepung, baking powder, garam dan serbuk koko. Ketepikan.
  2. Pukul butter sehingga gebu.
  3. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati dan gebu.
  4. Masukkan telur, sehingga habis dan masukkan vanila.
  5. Setelah  adunan sebati, masukkan tepung dan kacau rata berselang seli dengan buttermik( masukkan pewarna dalam buttermilk)
  6. Dalam satu bekas kecil letakkan soda bicarbonat dan masukkan cuka)
  7. Akhir sekali baru masukkan soda bicarbonat yang telah di campur cuka ke dalam adunan. Kacau rata.
  8. Masukkan dalam acuan.
  9. Bakar sehingga masak.
  10. Sejukkan dahulu sebelum di letakkan frostingnya.

 

Cream cheese Frosting:

  1. Dengan menggunakan mixer pukul cream cheese sehingga kembang.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan  whipping cream dan pukul sehingga frosting menjadi kental dan bolehlah di paipkan ke atas kek. Menghasilkan dalam 12 biji kek cawan.

 

Sumber resepi dari::http://www.joyofbaking.com/RedVelvetCupcakes.html#ixzz2KHTyk0v1

 


banana cake

 

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan pisang di haluskan

2 teaspoons lemon juice

3 cawan tepung gandum

1 1/2 teaspoons baking soda

1/4 teaspoon garam

3/4 cawan butter di lembutkan suhu bilik

 

1  1/4 cawan gula castor

3 telur gred A

2 teaspoons vanilla

1 1/2 cups buttermilk ( 1 1/2 cup milk + 1 1/2 tablespoon cuka/lemon juice)

 

Frosting

1/2 cawan butter di lembutkan.

250 gram cream chesse

1 teaspoon vanilla

2 cawan gula icing

 

Walnut di cincang. – untuk hiasan

banana cake8

Cara:

  1. Acuan  9×9
  2. Lenyekkan pisang. ketepikan
  3. Campurkan tepung gandum, baking soda, garam dan ayak.
  4. Pukul butter dengan gula sehingga sebati dan gebu.
  5. Masukkan telur sebiji2 sehingga adunan sebati.
  6. Letakkan vanila.
  7. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk.
  8. Akhir sekali masukkan pisang dan gaul rata.
  9. Bakar sehingga masak.
  10. Apabila sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk.  Sejukkan sekurang2nya 1 jam sebelum di sapu krim.

 

Cara buat krim:

  1. Lembutkan cream chesse dan butter.
  2. Pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan gula dan esen vanila. Mesin sehingga nampak lembut dan gebu.banana cake2