lepat liat inti kelapa

Bahan A

250 tepung pulut ( kalau terlalu lembut tambahkan tepung  pulut)

150 ml santan pekat

150 gram gula merah

70 gram gula putih ( gula merah dan gula putih di masak dengan 40 ml air)

Secubit garam

Bahan B

50gram tepung beras ( di bancuh dengan 125 ml air panas).

Bahan C

150 gram kelapa parut

3 -4 gram garam ( anggaran)

lepat liat 3

  1. Campurkan  bahan A dengan bahan B
  2. Gaul semua  sehingga menjadi doh
  3. Sapukan daun pisang dengan minyak dan letakkan doh anggaran 35-40 gram, letakkan  kelapa dan bungkus.
  4. Kukus 15-20 minit  ( buka kukusan setiap 10 minit bagi menghasilkan bungkusan lepat yang cantik)

25 – 20  helai Daun pisang  5×7

Menghasilkan doh seberat 750 gram