pai epal 1

Pai Epal

Bahan-bahan
4 biji epal hijau/merah
4 sudu gula perang
1 sudu besar jus lemon
1 sudu sudu kecil kulit kayu manis

1/2 cawan air
3 sudu besar tepung gandum

Bahan Doh
2 cawan tepung naik sendiri (SRF Flour)
40 gram gula aising
125 gram butter sejuk ( dipotong dadu)
1/3 cawan susu segar – anggaran
1 biji putih telur

Cara menyediakan bahan isian:
1. Masukkan epal, gula perang, jus lemon air dan serbuk kulit kayu manis dalam periuk. Biarkan mendidih dan masukkan tepung gandum, kacau rata dan biarkan kering. Letakkan dalam peti sejuk biar dia keras sikit.
2. Loyang 9 inci
3. Satukan tepung, gula, dan mentega. Ramas dengan tangan hingga berderai.
4. Masukkan putih telur dahulu. Kalau adunan masih berderai dan keras baru masukkan susu.
5. Gaul sehingga jadi doh dan letakkan dalam plastik dan masukkan dalam peti sejuk selama setengah jam.
6. Kaluarkan dan masukkan kedalam acuan pai.
7. Masukkan semula dalam peti sejuk dan biarkan selama 1/2 jam.
8. Keluarkan dan bakar 150-170 selama 20 minit.
9. Keluarkan dan letakkan inti pai. Tekan-tekan dengan camca, biar inti padat.
10. Sapukan dengan kuning telur bahagian pastri.
11. Bakar sehingga kekuningan.
12. Sejukkan baru di potong.

pai epal 2              pai epal