egg tart

Bahan Pastry

Bahan A

300 gm tepung gandum

60 gm gula icing

180 gm mentega

Garam

Bahan B

1 biji kuning telur

Bahan inti

Bahan A

2 biji telur

1 sudu the esen vanilla

Bahan B

180 gm air

120 gm susu cair

1 cam b susu pekat

45 gm gula

Garam

Beberapa titis pewarna kuning telur

tart telur5

Cara membuat pastry

1. Gaul bahan A hingga menjadi serbuk roti (Teknik Bread Crumb).

2. Masukkan Bahan B. Gaul hingga menjadi doh.

3. Masukkan dalam peti sejuk selama 1/2 jam.

4. Terap dengan acuan pie dan sapukan putih telur.

5. Bakar anggaran 10 minit. 180 c.

Nota: kalau adunan pastry berderai tambah putih telur sedikit/ sedikit air sejuk

Cara membuat inti

1. Pukul bahan A dan kacau rata.

2. Masak bahagian B dengan api yang perlahan jangan sampai mendidih.

3. Dengan perlahan masukkan bahagian A dan kacau sebati.

4. Masukkan pewarna kuning. Tapiskan.

tart telur2

Masukkan kedalam pastry yang telah dibakar dan bakar sekali lagi selama 15-20 minit 180 c. bergantung pada oven sehingga pastry menjadi rapuh dan telur menjadi beku.