Monthly Archives: January 2013

doa sabar Al-Aaaraf 126

Advertisements

74726_412534772149720_1057692199_n

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan air
2 camb butter
Cara:
Masakkan gula dengan 4 camb air sehingga kekuningan ( ambil dari air yang satu cawan) Masak dengan api perlahan sehingga gula kekuningan. Dengan perlahan2 masukkan air dan ketepikan. Masukkan butter dan sejukkan.Bahan B
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum (ayak dengan soda bicarbonat)
2 tsp soda bicarbonat
1 sudu the esen vanila

Cara membuatnya:
Pukul telur ( sedikit sahaja, tak payah sampai kembang)
Masukkan susu pekat dan kacau rata.

Masukkan dalam blender dan msukkan tepung , soda bicarbonat dan vanila. Blend sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan gula hangus dan blend sehingg sebati.
Biarkan 1 – 2 jam ( tak perap pun boleh)

Selepas di perap masukkan dalam loyang yang telah di alas dan di sapu minyak

Loyang 7 inci – bulat
bakar kepanasan 150 selama 1 jam -anggaran)

16651_412535035483027_1978585067_n


lepat liat inti kelapa

Bahan A

250 tepung pulut ( kalau terlalu lembut tambahkan tepung  pulut)

150 ml santan pekat

150 gram gula merah

70 gram gula putih ( gula merah dan gula putih di masak dengan 40 ml air)

Secubit garam

Bahan B

50gram tepung beras ( di bancuh dengan 125 ml air panas).

Bahan C

150 gram kelapa parut

3 -4 gram garam ( anggaran)

lepat liat 3

  1. Campurkan  bahan A dengan bahan B
  2. Gaul semua  sehingga menjadi doh
  3. Sapukan daun pisang dengan minyak dan letakkan doh anggaran 35-40 gram, letakkan  kelapa dan bungkus.
  4. Kukus 15-20 minit  ( buka kukusan setiap 10 minit bagi menghasilkan bungkusan lepat yang cantik)

25 – 20  helai Daun pisang  5×7

Menghasilkan doh seberat 750 gram


kuih angkoo8

Bahan A

250g tepung pulut

30g gula

200 ml santan

50 ml air  – anggaran

Sedikit pewarna

Bahan B

50g tepung beras

125ml air

Intinya:

250 gram  kacang hijau yang di buang kulit

250 gram  gula – ikut manis

Cara membuatnya

  1. Rendam kacang hijau 3-4 jam dan kukus sehingga kacang lembut.
  2. Mesin dengan sedikit air sehingga kacang halus.
  3. Masakkan kacang hijau dengan gula sehingga  menjadi pes, sebati dan kental.
  4. kuih angkoo9
  5. kuih angkoo10

Cara membuat kulitnya:

  1. Campurkan tepung beras dan air  ( bahan B) dan masak dengan api pelahan.
  2. Angkat dan masukkan kedalam bahan A dan gaulkan sehingga menjadi doh.
  3. Balutkan  inti dengan doh yang sudah siap.
  4. Letakkan diatas daun pisang yang di sapu minyak.
  5. Kukus 8-10 minit. Api sederhana.
  • Kalau  guna minyak, tambahkan 75ml minyak masak.

pai epal 1

Pai Epal

Bahan-bahan
4 biji epal hijau/merah
4 sudu gula perang
1 sudu besar jus lemon
1 sudu sudu kecil kulit kayu manis

1/2 cawan air
3 sudu besar tepung gandum

Bahan Doh
2 cawan tepung naik sendiri (SRF Flour)
40 gram gula aising
125 gram butter sejuk ( dipotong dadu)
1/3 cawan susu segar – anggaran
1 biji putih telur

Cara menyediakan bahan isian:
1. Masukkan epal, gula perang, jus lemon air dan serbuk kulit kayu manis dalam periuk. Biarkan mendidih dan masukkan tepung gandum, kacau rata dan biarkan kering. Letakkan dalam peti sejuk biar dia keras sikit.
2. Loyang 9 inci
3. Satukan tepung, gula, dan mentega. Ramas dengan tangan hingga berderai.
4. Masukkan putih telur dahulu. Kalau adunan masih berderai dan keras baru masukkan susu.
5. Gaul sehingga jadi doh dan letakkan dalam plastik dan masukkan dalam peti sejuk selama setengah jam.
6. Kaluarkan dan masukkan kedalam acuan pai.
7. Masukkan semula dalam peti sejuk dan biarkan selama 1/2 jam.
8. Keluarkan dan bakar 150-170 selama 20 minit.
9. Keluarkan dan letakkan inti pai. Tekan-tekan dengan camca, biar inti padat.
10. Sapukan dengan kuning telur bahagian pastri.
11. Bakar sehingga kekuningan.
12. Sejukkan baru di potong.

pai epal 2              pai epal


egg tart

Bahan Pastry

Bahan A

300 gm tepung gandum

60 gm gula icing

180 gm mentega

Garam

Bahan B

1 biji kuning telur

Bahan inti

Bahan A

2 biji telur

1 sudu the esen vanilla

Bahan B

180 gm air

120 gm susu cair

1 cam b susu pekat

45 gm gula

Garam

Beberapa titis pewarna kuning telur

tart telur5

Cara membuat pastry

1. Gaul bahan A hingga menjadi serbuk roti (Teknik Bread Crumb).

2. Masukkan Bahan B. Gaul hingga menjadi doh.

3. Masukkan dalam peti sejuk selama 1/2 jam.

4. Terap dengan acuan pie dan sapukan putih telur.

5. Bakar anggaran 10 minit. 180 c.

Nota: kalau adunan pastry berderai tambah putih telur sedikit/ sedikit air sejuk

Cara membuat inti

1. Pukul bahan A dan kacau rata.

2. Masak bahagian B dengan api yang perlahan jangan sampai mendidih.

3. Dengan perlahan masukkan bahagian A dan kacau sebati.

4. Masukkan pewarna kuning. Tapiskan.

tart telur2

Masukkan kedalam pastry yang telah dibakar dan bakar sekali lagi selama 15-20 minit 180 c. bergantung pada oven sehingga pastry menjadi rapuh dan telur menjadi beku.