IMG_8585

 

Bahan :

500 gram tepung gandum

1 cambesar pelanta

1/2 cawan minyak masak -panaskan.

100 ml air ( anggaran)

Garam secukupnya.

 

Masukkan tepung  dan garam dalam bekas,

Masukkan pelanta dan gaul rata.

Campurkan minyak yang panas dan gaul  dengan sudip. Gaul sehingga sebati.

Setelah semua adunan merata, baru masukkan air.

Uli sehingga sehingga semua sebati.

Rehatkan 1/2 jam.

karipap6

 

Bahan Inti:

600 gram ubi keledek ( di potong dadu)

1 bawang  besar ( dipotong dadu)

1/2  cawan minyak masak

2 camb rempah kari daging

Garam

2 camb gula – kalau suka

Sebuk perasa

1 cawan udang di cincang

Daun sup dan daun bawang

 

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar.
  2. Masukkan rempah kari dan masak sehingga  rempah masak
  3. Masukkan udang.
  4. Masukkan ubi dan air secukupnya.
  5. Letakkan gula, garam dan serbuk perasa. Masak sehingga ubi empuk.
  6. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang.

karipap 3

  • Menghasilkan 36 biji karipap
  • untuk karipap besar menghasilkan 16 biji