Bahan-bahan

3 kilo mee kuning – )
Taugeh secukupnya)

Bahan A tumis:
200 gram bawang kecil di mayang
1/2 cawan minyak masak

Bahan B – dimesin sehingga halus
30 gram cili kering
1 bawang besar
30 gram udang kering

600 gram keledek ( di siang dan di rebus hingga empuk dan di mesin halus)
500 gram daging – tak perlu di potong)
*30 cawan air
1 tin tomato soup
150 gram kacang tumbuk ( anggaran 12 ketul)
1 cawan air asam pekat.
1 biji tomato di belah empat
Bahan perasa
60 gram gula merah
Gula
Garam secukupnya

*500 gram udang basah yang kecil di bersih dan di rebus-mesin dan ambil airnya (guna air*)

 

Bahan sampingan
5 keping tauhu – di goreng
10 biji telur di rebus
Daun salad
Daun bawang
Bawang goreng
Cili merah
Cucur udang
6 kentang – di rebus sehingga lembut ( letak garam) buangkan kulit dan goreng sehingga kekuningan.
Daging di potong nipis .

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga kekuningan.
2. Masukan cili kering dan bawang besar yang sudah di mesin, masak sehingga naik bau.
3. Masukkan udang kering ( yang sudah di mesin halus)
4. Di ikuti air udang*, keledek , kacang tumbuk, air, tomato soup, gula , garam, air asam, tomato, daging ( tak perlu di potong, biarkan seketul )
5. Apabila semuanya sudah sebati, masukkan gula, air asam, garam dan serbuk perasa.
6. Hidangkan dengan bahan sampingan.