Ikan Bakar Bersambal

(resepi: kak Habibah)

 

Ikan sebarang jenis ( di taburkan dengan sedikit garam )

 

Bahan  A (Mesin sehingga halus)

20 gram cili kering

4 ulas bawang merah

2 batang serai

5 kelopan bunga kantan

1 helai daun limau purut

 

Bahan C

Air asam jawa – secukupnya

Garam

Gula dan serbuk perasa.

Minyak untuk menumis-anggaran ½ cawan

 

Daun pisang secukupnya.

 

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan A. masak sehingga naik bau.

2.Masukkan gula, garam , serbuk perasa dan air asam jawa secukup rasa

3.Angkat dan letakkankan  sambal yang telah siap di atas ikan.

4. Bakar ikan sehingga masak.