MyKitchen’s Recipe
TALAM SKOTENG
sumber : Yatie

LAPISAN BAWAH  Guna Loyang 10x10x2 @3
Bahan A
50g sekoteng (rebus & toskan)

Bahan B
150g tepung beras
250ml santan pekat  (kalau guna santan kotak campur 1 sudu kecil minyak)
450ml air
1tbsp Tepung Hoen Kwee (putih)
150g gula castor
1tsp garam

1.  Sediakan loyang, gris dgn minyak dan lapikkan dgn plastik.
2.  Panaskan kukusan.

Bancuh semua bahan A

Masukkan sekoten (yg telah direbus tadi) dan kacau rata.
Tuang ke dlm loyang & kukus selama 25 minit .

LAPISAN ATAS

150g tepung gandum
300g gula halus –
2 biji telur
250ml santan pekat – (kalau guna santan kotak campur 1 sudu kecil minyak
500ml air
1/2 tsp garam
1 ½ tsp perisa rose
pewarna pink

Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap
Tuangkan ke atas lapisan bawah
Kukus selama 30 minit
Setelah siap, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

*Untuk empunya resepi, terimakasih saya ucapkan.