Makaroni Bakar

(Resepi dari  Siti Rafeah)

Bahan-bahan:

250 gram macaroni – rebus dan toskan

1 tin susu cair

6 biji telur ( 4 biji untuk dalam adunan dan 2 biji untuk dibahagian terakhir)

1 cawan bawang goring

½ cawan tomato soup

100 gram kacang peas

Bahan A Bahan dimasak seperti bwat inti karipap

500gram daging kisar

1 suduteh lada putih

3 ulas bawang putih-dimayang

2 labu bawang besar – di potong kuib

1 bungkus rempah kari daging

2 camb minyak sapi

Garam dan serbuk perasa

Daun bawang dan daun sup

Cili merah di mayang halus.

Cara membuatnya:

1.  Bahan A: Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang putih, masukkan rempah kari , masak sehingga naik bau . masukkan daging dan lada sulah, serta bawang besar, masak sehingga kering airnya.

2.  Campurkan Bahan A, macaroni, susu cair, 4 biji telur( pukul sedikit sahaja), bawang goring, tomato soup, kacang peas, perasa , garam, daun sup dan daun bawang.g

3. Masukkan kedalam acuan 12×10 yang telah disapu minyak.

4.Taburkan dengan cili merah dan akhir sekali tuangkan telur ( 2 biji di pukul sedikit)

5.Bakar selama 1 jam kepanasan 150-200 bergantung kepada oven –anggaran.