Lompang
120 gram tepung beras – guna cap Teratai
20 gram tepung gandum
10 gram tepung jagung
120 gram gula pasir

1 cawan air daun pandan
Perasa pandan dan pewarna secukupnya.
2 cawan air – di didihkan.*air panas, jangan sampai mendidih.
2 camb air kapurKelapa parut di gaul dengan garam- secukupnya
Cara-cara;
1. Campurkan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum dan gula.
2.Masukkan air panas* dan kacau rata.
3.Masukkan air kapur dan air daun pandan.
4.Panaskan acuan terlebih dahulu.
5.Masukkan kedalam acuan-acuan kecil dan kukus 15-20 minit dengan api sederhana.
6. Setelah sejuk hiaskan dengan kelapa parut.
* menghasilkan 50 biji lompang

*acuan lompang tak perlu sapu minyak.