Monthly Archives: September 2012

 

Talam Lapis Nonya
Sumber tempting kuih ms 11
Bahan-bahan
300 gram tepung beras
150 gram tepung ubi

50 gram tepung green pea – tepung hon kwee
50 gram tepung gandum
1800 ml santan ( 500 ml santan pekat dan 1300 ml air)
500 gram gula
Garam
Daun pandan/perasa daun pandan
Cara –Cara:
Guna Loyang 10 x 10 yang di alas dengan plastic 14×14
Sapu minyak dan Alaskan dengan plastic.
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.
2. Bahagiakan kepada 3 bahagian
( warnakan setiap lapisan hijau/putih dan oren.
3. Kukus setiap lapisan 5 minit.
4. Untuk lapisan terakhir kukus 20 minit.

Advertisements

 

Pandan Kaya Kek

Sumber dari  kak Siti Sobehah

Bahan A

6 biji telur ( di sejukkan) telur gred A

170 gram tepung superfine

85 gram tepung jagung

1 suduteh baking powder

145 gram gula castor

1 sudu besar Q75/ovalette

1 suduteh esen pandan

1 suduteh pewarna hijau

¾ cawan air sejuk

Bahan B

½ cawan butter cair

Cara membuatnya:

1. Campur semua bahan A dan mesin  dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.

2. Masukkan butter cair kacau dengan menggunakan sudip

3. Bakar dan biarkan sejuk.

4. setelah sejuk bolehkah di lapiskan dengan kaya.

Bahan untuk kaya

¾  tin susu cair

1 tin air sejuk

10 gram agar-agar serbuk

¾ cawan gula

3 sudu besar tepung jagung

Sedikit garam

Pandan oil dan pewarna hijau

Cara membuat Kaya:

1. Masak semua bahan sehingga mendidih dan pekat (guna api pelahan)

Apabila masak lapiskan dengan kek


 

 

 

Talam Lapis Coklat – Hakcipta Puan Azimah Mansor
Bahan-Bahan A
300 tepung gandum
60 gm tepung hoen kwe

1500ml santan (500ml santan + 1000ml air)
360gm gula
2 biji telur
Bahan B
25gm serbuk koko
50gm santan
Bahan C
pewarna kuning
Cara-Cara
1. Adun atau kisar kesemua bahan A dan bahagikan kepada 2
adunan. Satu adunan dicampur dengan bahan B dan satu adunan
dibubuh warna kuning. Kukus selapis demi selapis.
2. Gunakan loyang (10 x 10 x 3)” yang dialas kertas plastik (14 x 14)”.
3. Mulakan melapis dengan warna kuning sebanyak 350ml dan kukus selama
5 minit atau sehingga masak.
4. Tuang pula adunan coklat, kukus dan ulangi langkah diatas sehingga habis.
Nota: Akan dapat 3 lapis kuning dan 3 lapis coklat.

 

Bahan-bahan

 

250 gram butter

200 gram gula castor

1 camb susu pekat

 

4 biji telur ( gred A)

250 gram tepung kek( SRF Flour)

2 sudu besar susu segar

1 camb moca paste

1 camb chocolatel emalco

2 camb nutella

  1. Pukul butter, susu pekat dengan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan moca paste, tepung berselang seli dengan susu cair. Kacau rata
  4. Bahagikan kepada dua bahagian.
  5. 1 bahagian di letakkan  chocolate emalco dan  nutella, kacau rata.
  6. Masukan dalam acuan berselang2 .
  7. Bakar 35-45 sehingga masak.