Adunan dapat anggaran 35 – 40 biji

300 gms tepung gandum -kalau lembut tambah tepung.
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
jem nenas – secukupnya
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung , gula icing dan garam.
2. Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method)
3. Kemudian masukkan telur dan satukan menjadi doh.

4. Canai jadi setengah inci dan terap guna acuan atau cutter .

5. Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 – 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

Bagi mengelakkan adunan melekat, gunalah plastik apa bila mengelek adunan.
Sekiranya jem di bahagian luar gunakan api di bahagian bawah saja, ini mengelakkan jam menjadi keras.