Bahan-bahan
300 gms tepung gandum – ikut lembut
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter – saya guna 250 gm butter
2 kuning telur sahaja
1 tsp pewarna purple
Perasa blueberry- esen vanila pun boleh
Jem blueberry

1.Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas.

2. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

3.Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telur dan satukan menjadi doh.

4.Kemudian terap adunan dengan acuan yang sukai.

Bakar 15-20 minit 150-170c
Setelah sejuk hiaskan dengan coklat putih.