Bahan bahan

70gm tepung gandum

10 gm tepung jagung

40 gm gula castor

250 gm susu segar

20 gram butter

2 telur merah

Cara membuatnya:

  1. Cairkan butter. Ketepikan.
  2. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung.  Curahkankan susu segar dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan kuning telur dan  butter cair dan lebihan susu.  Kacau sehingga sebati.
  4. Wrapkan dengan plastik dan biarkan selama 1 jam.
  5. Masukkan sedikit dalam kuali  . Gunakan api sederhana.
  6. Angkat setelah masak .
  7. Sejukkan dahulu sebelum di gulung dengan isi durian*

Isi Durian*

Bahan-bahan

125 gm whipping cream

1  sudu besar gula

1/2 sudu besar  gelatin + 1 sudu besar air

125 gm isi durian

  1. Sejukkan bekas adunan anggaran 15 minit.*
  2. Dengan kaedah  double  boiler. Tuangkan 1 sudu besar air dan taburkan gelatin.
  3. Dengan menggunakan bekas yang di sejukkan tadi.  Pukul whipping cream sehingga berkerim dan gebu,
  4. Masukkan gula dan pukul lagi.
  5. Masukkan bancuhan gelatin dan pukul lagi.
  6. Akhir sekali masukkan isi durian dan kacau sehingga rata.

recipe from :: http://wendyinkk.blogspot.com/2011/07/durian-cream-pancake-rolls-pancake-quad.html?utm_source=BP_recent