Bahan-bahan

1 paket mee kering – atau secukupnya

1 cawan isi ayam

2 biji kentang

1-2 camb cili mesin

4 biji bwang putih di cincang

2 pokok sawi

2 camb sos tiram

5 camb sos cili

2 camb kicap mee – jenis pekat

1 kiub ayam

3 camb minyak masak

   masakkan air panas dan celur mee sekejap. sebelum angkat masukkan sedikit minyak dan tapis.

Cara memasak:

1. Kentang di potong kiub dan di goreng-ketepikan

2. Ayam di potong dan di goreng sekejap.-ketepikan

3.Panaskan minyak dan tumis bawang putih.

4. Masukkan cili dan goreng sehingga cili masak.

5. Masukkan cili sos, sos tiram, kicap pekat dan kiub ayam , isi ayam , kentang .  Kacau rata dan masukkan mee yang sudah di celur tadi.

6. Akhir sekali masukkan sawi. kacau sehingga semuanya sebati.