APAM KUKUS CHOCOLATE
By: Resepi Citarasawan

Bahan-bahan
200gm gula halus
2 biji telur
160ml air
200gm tepung gandum
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh double action baking powder
25gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco / 1 sudu teh serbuk koko hitam
1 sudu kecil ovalette
30gm coklat rice

Cara-cara :
1. Satukan telur, gula dan air. Pukul hingga putih dan berbuih.
2. Ayak bersama tepung, serbuk koko, garam, baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit di dalam adunan telur sambil di pukul perlahan hingga sebati. Masukkan coklat emulco dan ovalette dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi kental.
3. Masukkan coklat rice dan kaup balikkan hingga rata.
4. Panaskan pengukus. Masukkan adunan ke dalam acuan yang di alas cawan kertas. Jarakkan acuan supaya apam boleh mengembang sepenuhnya. Tuang adunan hingga penuh.
5. Kukus selama 15-20 minit bergantung pada saiz.