Bahan-bahan yang di perlukan

250 gm isi ikan tenggiri
1 biji bawang besar- di cincang
Garam
Tepung jagung camb – secukupnya untuk di gaulkan dengan ikan

Minyak masak
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah- di potong
2 camb sos tiram
1 sudu besar lada hitam di tumbuk kasar
1 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan sedikit air

Cara membuatnya:
1. Isi ikan yang telah di potong sederhana nipis di letakkan garam dan di taburkan dengan tepung jagung.
2. Goreng sehingga kekuningan,
3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih. Masukkan cili merah dan lada hitam.
4. Letakkan sedikit air . Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan isi ikan tadi dan gaul rata.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung . Angkat dan hidangkan.