PUDING MARKISA
Resepi adaptasi dari Puding Selasih Unggu
By: Nunung
Sumber : Buku Pelbagai Jenis Puding
Credit to Azlita Aziz

2 biji buah Markisa – ambil bijinya sahaja
1/2 peket agar-agar segera
400 ml air
300 ml susu atau whiping cream
125 gm gula pasir
1 sudu besar sunquick perisa buah-buahan
sedikit pewarna kuning
2 biji putih telur jika suka – ita tak letak

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula dan agar-agar larut.
Ambil sedikit agar dan campurkan bersama biji buah markisa tadi
Tuangkan dalam acuan yg telah di basahkan dengan air
Biarkan ia seketika
Baki agar2 tadi di campurka pula dengan susu masak hingga didih
Tambahkan Sunquick dan pewarna kuning kacau rata
Tuang kan atas puding markisa tadi.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk di makan .

BUAH MARKISA