Karipap kentang
terima kasih Tulip Biru

Bahan-bahan ( 10-15 biji (ikut saiz) )
• Untuk Doh:
• 500 g tepung gandum
• 1/2-1 cawan minyak masak yang telah dipanaskan
• Semangkuk kecil air dan secubit garam (satukan air dengan garam)

• Untuk Inti:
• 1 tin besar sardin Ayam Brand
• 4-5 biji ubi kentang dipotong dadu kecil
• Sebiji bawang merah dipotong dadu kecil
• 2 biji limau kasturi (ikut selera masing-masing)
• Sedikit garam dan serbuk perasa (aji-no-moto)
• Sedikit air (ikut keperluan)

• Minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara
1. Satukan bahan untuk doh di dalam mangkuk besar. Uli menggunakan tangan apabila sudah sejuk. Campurkan sedikit tepung jika doh terlalu lembik @ sedikit air jika doh terlalu keras.

2. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil untuk dilenyekkan (pastikan bentuknya bulat). Kemudian masukkan inti yang telah di sejukkan. Lipat dua dan kelim kemas-kemas.

3. Tumis bawang dengan minyak yang sedikit sehingga naik bau. Masukkan kentang.
Masukkan kuah sardin dalam tin(kuah dan ikan diasingkan, ikan mesti di lenyekkan). Masukkan sedikit air supaya kentang mudah masak dan tidak melekat.

4. Agak-agak kentang sudah lembut, masukkan ikan sardin. Perah limau, masukkan garam dan serbuk perasa.

5. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak untuk meggoreng karipap. Pastikan karipap tenggelam. Minyak jangan terlalu panas (sehingga kuali berasap) supaya karipap tidak menggelembung. Masak hingga kekuningan.

6. Angkat dan hidangkan. Sesuai di hidang bersama minuman panas. Selamat Mencuba.