Bahan-bahan

1/2 bungkus bihun- di rendam sekejap

Cili kering
1/4 cawan udang kering
4 ulas bawang merah

Kicap pekat
Kicap masin
Cili sos
gula
Minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih -di ketuk

3 pokok sawi

bahan hiasan
Udang letakkan garam dan kunyit- di goreng
Cili padi bersama kicap

Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih.
2. Masukkan cili kering dan udang kering sehingga garing.
3. Masukkan kicap pekat, kicap masin, garam dan gula.
4. Apabila semua bahan cukup rasanya. Letakkan bihun dan akhir sekali
Sayur.
Hidangkan dengan kicap berkicap dan udang goreng.