Sejenis manisan yang terkenal dari daerah pantai timur.  Rasanya yang manis dan sangat unik.  Manisan yang di buat dari telur itik dan air gula ini menjadikan satu-satunya makanan  tradisional yang sangat istimewa

Bahan yang mudah didapati di sekeliling kita seperti:

10 biji telur itik – ambil merah sahaj

1 sudu teh esen vanila

300 gm gula pasir

4 cawan air

2 helai daun pandan

pewarna kuning

Cara membuatnya:

1.  Kuning telur  di letakkan esen vanila di pukul sedikit dan di tapis dengan kain kasa.

2.  Masukkan esen vanila.

3.  Masak gula, air, dan daun pandan sehingga gula larut dan mengelegak.

4. Perlahankan api, keluarkan daun pandan.

5.  Kiraikan kuning telur ke dalam air gula.

6. Angkat dengan mengunakan garpu.

* Saya guna plastik .