Category Archives: Resepi Kuih Tempatan

Picture1

pie tee 3

Bahan-bahan

50 gram tepung gandum

50  gram tepung beras

200 gram air

1 biji telur  gred A

Garam secukupnya

Minyak secukupnya  -

Cara membuat kulitnya:

  1. Satukan semua bahan dan kacau rata.
  2. Tapis dan biarkan  sebentar
  3. Panaskan acuan. Dan celup kan acuan pie tee ke dalam adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak – dengan menggunakan api yang perlahan .
  4. Keluarkan dari acuan apabila kulitnya sudah mengeras.
  5. Goreng sehingga kekuningan.

pai tee5

Bahan untuk intinya:

1 sengkuang – di sagat

1 carrot di – sagat

tauhu yang di goreng dan di potong kecil

udang di letakkan sedikit garam dan dimasak sekejap da toskan

campurkan semua bahan-bahan carot,sengkuang dan tauhu. masukkan kedalam bekas pai tee.

hiaskan dengan udang, cili merah dan daun sup, serta bawang goreng.

letakkan sos dan taburkan kacang tanah

cili merah dan daun sup di mayang halus

bawang goreng

kacang tanah yang siap di goreng di tumbuk halus untuk di taburkan di bahagian atas.

sos cili thai secukupnya atau kuah kacang.


Untitled picture

Bahan A (BAHAGIAN LUAR)

500 gram / 2 cawan ubi kayu yang sudah di parut dan di perah airnya

( simpan air perahan dan biarkan menapai ambil hanya yang bahagian sagu)

100 gram gula merah + 1/4 cawan air – masak sehingga gula larut

3/4 cawan santan pekat

160 gram gula pasir

2 gram garam – anggaran

Cara membuatnya:

1.Campurkan semua bahan dan ketepikan.

 

Bahan B (bahagian tengah  – INTINYA

100 gram / 1 cawan tepung beras

10 gram tepung honkwee

2 cawan santan pekat

2 cawan air

Garam

Caranya:

  1. Campurkan semua bahan B  sehingga sebati dan tapiskan.
  2. Masak dengan api sederhana sehingga adunan pekat. Ketepikan.

25-30 helai daun pisang  ( lebar 7 inci)

Cara membungkus lepat

1.Ambil satu sudu ( BAHAN A)_ dan letakkan atas daun pisang . Ratakan.

2.Letakkan 1 sudu besar(BAHAN B) dan letakkan di atas daun pisang. Leperkan dengan sudu.

3.Letakkan bahagian B , anggaran 1 sudu dan bolehlah di balut kemas.

Kukus 20 minit – api sederhana

lepat berkepala


kuih koci1

Bahan A-

2 cawan tepung pulut

1//2 cawan tepung pulut hitam

2 gram garam – anggaran

Bahan B ( masak dengan api sederhana sehingga mendidih )

1 cawan santan pekat

1/2 cawan air

Bahan C:

½ cawan santan pekat

Inti kelapa- secukupnya

Cara:

1.Satukan semua bahan A.

2.Masukkan bahan B kedalam bahan A.

3.Gaul sehingga sebati. ( tambahkan santan atau air sekiranya adunan keras

4.Bulatkan adunan tepung pulut dann letakkan inti kelapa. 5.Celupkan kedalam santan pekat dan letakkan di atas daun pisang yang sudah di sapu sedikit minyak dan bungkus kemas.

Kukus 20 minit

Daun pisang 25 keping ( anggaran)

Menghasilkan 25 biji kuih koci

kuih koci5


kuih jongkong pandan

kuih jongkong

kuih jongkong5

Bahan-bahan

1 cawan tepung beras ( guna cap bunga teratai)

1 camb tepung honkwee (25 gram)

2 cawan santan

2 cawan air daun pandan- sedikit pewarna hijau

Garam secukupnya

Daun pisang  8 inci lebar – 15-17 keping

Lidi

Gula putih anggaran 15 camca besar

Cara membuatnya:

  1. Campurkan tepung beras, tepung honkwee, santan ,air daun pandan dan garam.
  2. Tapiskan.  Masak  dengan api sederhana sehingga adunan pekat ( sapara masak)
  3. Ambilkan daun pisang. Letakkan 3/4 camb gula ( ikut kesukaan)
  4. Letakkan 1 camca besar adunan  dan bungkus.
  5. Sematkan dengan lidi.
  6. Kukuskan kuih jongkong  anggaran20 minit, sehingga gula hancur.

Selamat mencuba.


tepung bungkus

tepung bungkus1

tepung bungkus2

tepung bungkus2

 

Tepung bungkus

 Bahan A-Bahan untuk inti

250 gram kelapa parut

100 gram gula melaka

150 gram gula pasir

1 cawan air

1 – 2 cambesar  tepung gandum

Kelapa+ gula merah+gula putih dan air di masak sehingga kering.

Setelah kering baru masukan tepung dan masak sehingga kental.

 Bulat2kan anggaran 60 biji – untuk menghasilkan 30 biji tepung bungkus

 Bahagian tepung pulut

 1 cawan tepung pulut

1 cawan air ( anggaran)

 Campurkan semua dan gaul sehingga menjadi doh

Dengan menggunakan daun pisang yang di sapu sedikit minyak. Leperkan doh dn letakkan inti yang telah di bulat2kan.(bahagian A)

Bulatkan dan ketepikan.

Bahan untuk luar tepung bungkus

1 cawan tepung beras ( cap teratai)

2 cambesar tepung hoenkwee/ tepung jagung

4  1/2 cawan santan ( 2 cawan santan pekat dan 2 1/2 cawan air)

Garam

 Campurkan semua bahan di atas.

Tapis

Kacau di atas api sehingga pekat ( sekejap saja) angkat.Letakkan inti ke dalam  adunan yang di kacau tadi.  Dengan menggunakan sudu letakkan di atas daun pisang dan bungkus.Kukus 20 minit

Daun pisang 7-8 inci

25-30 helai

Untuk menghasilkan kukusan yang cantik, buka penutup kukus setiap 10 minit.

 


seri muka pandan1

LAPISAN BAWAH:

Bahan A (bahagian bawah)

500gm beras pulut

300 ml santan pekat

300 ml air

2 tsp gula

2 tsp garam halus-anggaran 7 gram

2 helai daun pandan di simpul

 

Cara-caranya:-

1. Rendam pulut sekejap. Basuh dan toskan

2. Masukkan semua bahan diatas, gaul rata. Kukus selama 1/2 jam

3. Apabila pulut masak, tekan pulut sehingga betul2 padat.

Bahagian B ( Lapisan Atas)

250gm gula pasir

100 gram tepung gandum

400ml santan pekat

400ml air pandan ( anggaran 4-5 helai)

4 biji telur dipukul sedikit

Garam secukupnya ( anggaran 7 gram)

Sedikit pewarna hijau epal

serimuka pandan

Cara-caranya:-

6. Campurkan semua bahan B dan kacau rata. Tapiskan

7. Masak sekejap sahaja, sehingga naik wap.

8. Kukus pulut yang telah di padatkan tadi sekejap, anggaran 5 minit.

9. Masukkan adunan B dan kukus sehingga masak anggaran 30 minit

Guna loyang 10″ x 10″ x 2″ sapu minyak dan alaskan dengan plastik


lepat pisang

 

Bahan-bahan

 

800 gm pisang emas/berangan @ apa saja pisang- di lenyek

120 gm gula pasir

100 gm tepung gandum

50 gm tepung kastard

150 gm santan pekat

Secubit garam

25-30 helai daun pisang di layur

 

Cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan di atas.

2. Bungkuskan.

3. Kukus 25-30 minit.

lepat pisag2

 



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.